Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Eropah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali?Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang.Ejaan06.11.2009
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Central European"? Adakah "Central European" sesuai diterjemah sebagai "Eropah Tengah"? Jika "Central European" dimaksudkan adalah satu bahasa, adakah ia sesuai diterjemahkan sebagai "Bahasa Eropah Tengah"? Mohon pendapat dari pihak DBP. Terima kasih.

Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk  "Central European" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "Central America" yang padanan bahasa Melayunya ialah Amerika Tengah. Oleh itu, "Eropah Tengah" sesuai digunakan dalam konteks yang diberikan.

Istilah09.12.2013
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "eu referendum"? Konteks ini berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempt, referendum bermakna pungutan suara rakyat. "eu" pula kependekan kepada kesatuan Eropah.  Jadi eu referendum bermaksud referendum kesatuan Eropah.Makna29.03.2014
apa maksud orang atas angin?Mengikut Kamus Dewan, negeri atas angin ialah negeri-negeri yang dipandang sebagai asal angin seperti India, Iran, Arab, dan juga Eropah. Maka, orang atas angin ialah orang yang berasal dari negara yang tersebut iaitu orang India, orang Iran, orang Arab dan orang Eropah.Makna01.07.2014
Suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa dan kesusasteraan Melayu tetapi tidak pada hari ini. Mengapa ?
Untuk makluman, pertanyaan puan tidak terdapat dalam data kami. Pertanyaan puan memerlukan kajian dan pembacaan yang mendalam. Kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal, kertas kajian dan penerbitan yang lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Rujukan tersebut boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau kertas kajian di perpustakaan.

Lain-lain24.09.2013
Pagot Matrock TUES 23:47 Buku warkah eropah(a samad said) ada tak lagi yg hendak di jual ?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.02.2017
Adakah ayat ini salah? : Impiannya untuk melancong ke Eropah tidak kesampaian kerana kesempitan wang.Ayat ini betulTatabahasa15.07.2011
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih.Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.12.2017
Pemuzik jalan yang berpakaian segak dan memakai tali leher sering ditemui jika kita berkunjung ke negara-negara Eropah. Munsyi , apakah kesalahan pada jalan dalam ayat ini? TQAyat tersebut tidak gramatis seperti penggunaan kata terbitan dan kata hubung yang kurang tepat. Oleh itu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat di bawah tajuk berkenaan dan elakkan daripada membina ayat gabungan yang terlalu panjang.Tatabahasa13.02.2012
Apa terjemahan untuk 'bourbon'? Terima kasih."Bourbon" merupakan nama tempat di Amerika Syarikat atau nama dinasti di Eropah. Kata nama khas ini tidak perlu diterjemahkan.Istilah22.07.2022
123456

Kembali ke atas