Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Eropah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Helsinki ProcessProses HelsinkiSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala.
Euroyenyen EropahPentadbiran PerniagaanTiadaMata wang Jepun yang didepositkan di bank di Eropah dan digunakan untuk perdagangan di Eropah.
black breadroti hitamPentadbiran PerniagaanTiadaRoti berwarna hitam dan kasar terutamanya roti rai yang terdapat di Eropah Tengah dan Eropah Utara.
Treaty of RomePerjanjian RomSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1957 untuk merasmikan penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang menyediakan pasaran bersama pelbagai hasil antara negara anggota. EEC kemudiannya berkembang menjadi Komuniti Eropah (EC) dan Kesatuan Eropah (EU).
Euro-equityekuiti EropahPentadbiran PerniagaanTiadaSaham syarikat multinasional yang diperdagangkan di pasaran ekuiti di Eropah di luar daripada negara penerbit.
region of west European climatekawasan iklim Eropah BaratGeografiTiadaIstilah umum bagi kawasan-kawasan Eropah barat yang mempunyai ciri iklim yang sama.
iron curtaintabir besiSains PolitikHubungan AntarabangsaGarisan sempadan antara negara Eropah yang dikawal oleh Kesatuan Soviet dengan Eropah Barat. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Ethel Snowden, isteri ahli politik British daripada Parti Buruh pada tahun 1920, kemudian telah digunakan dengan meluas setelah dijadikan terkenal oleh Winston Churchill dalam syarahannya di Missouri pada tahun 1946. Istilah negara tabir besi juga merujuk kepada negara dalam blok Soviet.
beaker periodzaman bikarSejarahTiadaZamam prasejarah sekitar 2000 SM yang menggunakan logam untuk membuat bikar di Eropah khususnya bahagian utara dan barat Eropah.
African, Caribbean and Pacific Group (ACP)Kumpulan Afrika, Carribean dan Pasifik (ACP)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara dari Afrika, Carribean dan Pasifik yang menganggotai Konvensyen Lome 1975 dengan Kesatuan Eropah. Kriteria negara ACP ialah negara yang kurang membangun, negara tanpa pantai dan negara kepulauan kecil. Penyertaan dalam ACP membolehkan hasil mentah dari negara ACP diperoleh dengan lebih mudah dan murah dalam pasaran Eropah, sementara barangan dari Eropah mendapat laluan ke dalam pasaran ACP. Negara ACP juga menikmati manfaat daripada dana khas yang ditubuhkan oleh Kesatuan Eropah bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian mereka. Kini, kumpulan ACP tertakluk kepada Perjanjian Cotonou 2000 yang menggantikan Konvensyen Lome.
regional economic blockblok ekonomi serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara yang terbentuk daripada persamaan geografi atau geopolitik. Matlamat penubuhan blok ekonomi serantau adalah untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi ekonomi antara negara anggota. Contohnya, blok ekonomi serantau di Eropah Barat, iaitu Kesatuan Eropah (EU), di Amerika Utara, iaitu Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
12345678910...

Kembali ke atas