Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (félcra) akronim bagi Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FELCRA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada persoalan mengenai cara penulisan ayat berikut: Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA). Yang mana satukah yang betul antara ketiga-tiga cara penulisan di atas? Terima kasih.
Cara penulisan yang boleh digunakan ialah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority - FELCRA).
Tatabahasa22.12.2020
Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP?Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama.Tatabahasa06.03.2013

Kembali ke atas