Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (félda) akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FELDA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud FELDA?FELDA akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).Istilah23.01.2006
Apakah ejaan jawi bagi perkataan felda, Terima kasihEjaan Jawi bagi perkataan Felda ialah فيلداEjaan18.03.2022
Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP?Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama.Tatabahasa06.03.2013
Kami ingin mendapatkan khidmat nasihat terjemahan dokumen rasmi FELDA seperti brosur korporat, manual, teks ucapan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain19.01.2021
Kami ingingin mendapatkan khidmat terjemahan bagi semua dokumen rasmi FELDA. Ini termasuk brosur korporat, buku laporan tahunan, manual, teks ucapan rasmi dan lain-lIN.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain19.01.2021
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014
Salam sejahtera kepada Puan-puan dan tuan-tuan,saya mengelirukan ayat ini.Adakah ayat ini ialah kesalahan ayat ataupun kesalahan tatabahasa yang diberikan?Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya,kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan.Saya berbesar hati mengumumkan bahawa secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 billion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal yang telah berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah ini dijayakan. Ayat ini betul.Tatabahasa16.07.2021
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda...Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam.Lain-lain08.03.2013

Kembali ke atas