Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Forest Research Institute Malaysia (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata FRIM


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HerbariumHerbariumPertanianTiadaTempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di FRIM, MARDI, UM, UKM dan UPM.
arboretumarboretumHerbaBotani dan BioteknologiKawasan khas yang ditanam dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di pusat ini ditanam untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, perhiasan dan pemuliharaan. Contohnya, arboretum buah-buahan hutan, buluh dan dipterokarpa di FRIM, dan arboretum buah-buahan nadir dan herba di MARDI.
Gen bankBank genPertanianTiadaTempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
gene bankbank genHerbaBotani dan BioteknologiTempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
herbariumherbariumHerbaBotani dan BioteknologiKoleksi sampel tumbuhan yang telah ditindih dan dikeringkan. Tumbuhan ini ditampal pada kertas keras dan tebal. Setiap helaian tersebut dikenali sebagai spesimen herbarium. Maklumat mengenai nama tumbuhan, lokasi dan tarikh kutipan serta nama individu yang mengutip sampel dicatatkan pada label spesimen. Label ditampal di sebelah kanan bucu atas helaian kertas tersebut. Spesimen ini disusun mengikut famili tumbuhan dan disimpan di dalam kabinet di bilik khas. Contohnya, herbarium di FRIM, MARDI, UKM, UPM dan UM.

Kembali ke atas