Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep gigabait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata GB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk ayat Inggeris "Up to 50 GB", kita sepatutnya gunakan "Sehingga 50 GB" atau "Hingga 50G"? Terma kasih.Terjemahan perkataan bahasa Inggeris Up to 50 GB dalam bahasa Melayu ialah Hingga 50 GBTatabahasa22.09.2022
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan ke/kepada: 1a) Salin Foto anda daripada Album Foto kepada Google Photos. 1b) Sailn Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2a) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 2b) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik ke 10 GB. 3a) Muat naik foto dan video kepada Pustaka Google Photos. 3b) Muat naik foto dan video ke Pustaka Google Photos. 4a) Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda. 4b) Tukar ke paparan pustaka peribadi anda. Terima kasih kerana membantu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa manakala "kepada" merupakan kata untuk menyatakan arah ke (diĀ­pakai sebelum nama orang atau kata pengĀ­ganti diri),  terhadap, akan atau  daripada, pada
 
Ayat yang betul ialah:
1. Salin Foto anda dari Album Foto ke Google Photos.
2. Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB.
3. Muat naik foto dan video melalui Pustaka Google Photos.
4. Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda.

Tatabahasa17.05.2023
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012

Kembali ke atas