Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi; ~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; gadungan tiruan, jadian, palsu; harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau); wartawan ~ wartawan palsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok memanjat yg ubinya memabukkan jika dimakan, Dioscorea hispida. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Gadung

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bak rasa ubi pula gadung.

Bermaksud :

Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa kuda pula kukuran). gadung = ubi hutan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Kurik Kundi Merah SagaKurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?
Kurik Kundi Merah SagaRumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.

Kembali ke atas