Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Gangga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GANGGA NEGARA

GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
BERUAS

BERUAS,  daerah yang terletak antara garis bujur 100 46” T dan garis lintang 427’U, di Perak.  Sejarah kerajaan tua Melayu Beruas mempunyai kaitan yang rapat dengan dua buah kerajaan tua Melayu yang lain, iaitu kerajaan Gangga Negara dan kerajaan Manjung yang dikatakan berhampiran antara satu sama lain.  Daripada kerajaan Beruas bermulanya Kesultanan Perak hingga ke hari ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DINDING

DINDING, sebuah daerah di barat daya negeri Perak. Perihal Dinding ada disebut dalam buku Sejarah Melayu, iaitu adanya sebuah kerajaan lama bernama Gangga Negara terletak di barat Dinding. Di situlah raja bersemayam dan memerintah. Semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Dinding telah ditakluki dan menjadi jajahannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas