Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Information and Communications Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ICT


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul?Salam sejahtera, 

Semua frasa betul dan boleh digunakan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa17.05.2019
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas.Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK.
Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi.
Tatabahasa23.01.2018
Yang mana satu betul: kurang dari 40% projek ICT berjaya disiapkan, atau kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan

Frasa yang betul ialah ... kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan ...

Tatabahasa28.06.2011
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Dalam istilah ICT , ' System Administrator' disebut sebagai Pentadbir sistem . Apakah istilah yang paling tepat bagi 'Backup System Administrator' ? Fungsi 'Backup System Administrator' adalah sebagai pengganti kepada Pentadbir sistem sekiranya terjadi sesuatu keatas Pentadbir sistem. Terima KasihTerjemahan 'Backup System Administrator' ialah Pentadbir Sistem Sokongan.Istilah03.07.2012
assalamualaikum...mengapakah perkataan I-CT dieja seperti itu?waalaikumsalam,

Perkataan "ICT" ialah singkatan bagi "Information and Communications Technology" atau dalam bahasa Melayu  ialah "Teknologi Maklumat dan Komunikasi" (TMK). Ejaan yang betul bagi singkatan ini ialah "ICT". Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.
Ejaan29.03.2013
Menukarkan ejaan rumi ke jawi - Kompleks ICT Al-Biruni.Ejaan Jawi bagi Kompleks ICT Al-Biruni seperti lampiran.Ejaan17.10.2019
Saya ada kekeliruan. Saya baru selesai menulis tesis penyelidikan akademik dalam bahasa melayu. Saya menggunakan perkataan ICT dalam keseluruhan isi tesis berkenaan. Soalan saya adakah dibolehkan penggunaan perkataan ICT atau wajib ditukar kepada TMK? Saya ingin memohon pengesahan daripada pihak DBP dengan segera kerana perlu mencetak tesis dengan kadar segera. Terima kasih atas tindakan pihak Tuan.Semoga puan dan keluarga sihat sejahtera. Terima kasih diucapkan memanfaatkan kemudahan yang disediakan DBP dan jutaan kemaafan kerana lewat berinteraksi atas sebab-sebab tertentu. TMK adalah tepat dan amat digalakkan penggunaanya. Semoga berjaya.Lain-lain04.01.2014
Ini zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ada pihak menganggap singkatan TMK dalam ayat di atas janggal kerana singkatan yang lazim digunakan ialah ICT. Apakah pendirian DBP?Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.Lain-lain25.06.2007
12345

Kembali ke atas