Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
angkanumeralSimbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …Menengah Atas
angkanumeralSimbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, … .Menengah Rendah
kembanganexpansionHasil pendaraban dua ungkapan algebra dalam kurungan. Contoh: (i) a ( b + c ) = ab + ac (ii) ( x + 2 ) (x − 3) = x² − x − 6Menengah Rendah
tempat perpuluhandecimal placeBilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan).Menengah Rendah
pemfaktoranfactorisationProses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b).Menengah Rendah
jujukan nombornumber sequenceSatu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... .Menengah Rendah
angkanumeralSimbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ...Sekolah Rendah
sebutan serupalike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 12x dan -5x (ii) 4x³ dan 7x³.Menengah Atas
sebutan serupalike termsSebutan yang melibatkan pemboleh ubah yang sama dan kuasa setiap pemboleh ubah adalah sama. Contohnya, (i) 3x dan -2x (ii) 5x² dan 6x²Menengah Rendah
sebutan tak serupaunlike termsSebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dengan kuasa yang berbeza, atau mempunyai pemboleh ubah yang berbeza dengan kuasa yang sama. Contohnya, (i) 5x dan 5x² (ii) 2x² dan 3y².Menengah Atas
12

Kembali ke atas