Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata IKIM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak adalkah betul penggunaan ayat berikut: 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. ayat yang dibold kan itu salah ke betul atau lewah? Mohon pencerahan. terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Ayat tersebut lewah.

Ayat yang betul:

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.08.2017
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas.Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah    yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu  pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri   adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat  "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah:
1. Garis panduan ini adalah  untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ..,
2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ...
Tatabahasa27.07.2017
salam,,saya ingin membuat kajian tentang dialog antara agama di Malaysia.soalan saya adakah terdapatnya buku tersebut di DBP..terima kasih

Terima kasih atas soalan anda.

Secara terperincinya, bahan untuk kajian saudara itu amat kurang di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Ini kerana koleksi kami menumpukan kepada koleksi bahasa,sastera dan budaya.Saudara boleh membuat rujukan di Perpustakaan IKIM, Jalan Duta, Perpustakaan JAKIM di Putrajaya, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain15.07.2010
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas