Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain; ~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep Irish Republican Army (Tentera Republikan Ireland). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ruang atau petak pd buah-buahan; pangsa. 2 urat pd kayu, daging dll. 3 urat benang yg memanjang pd kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ira (kata nama)
1. Dalam konteks daging
bersinonim dengan urat daging

2. Dalam konteks benang
bersinonim dengan urat benang

3. Dalam konteks buah
bersinonim dengan pangsa.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Saudara, Saya ira, mohon jasa baik saudara untuk menterjemahkan kata bahasa inggeris ke bahasa malaysia seperti berikut: 1) full condo facilities 2) matured neighbourhood ** perkataan di atas adalah untuk risalah jualan. Jasa baik saudara amat dihargai. Sekian , Terima Kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "full condo facilities" ialah kemudahan kondominium sepenuhnya. Perkataan "matured neighbourhood" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan maksud atau konsep perkataan tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. Istilah09.11.2016
Courier

Saudara Ira,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah perkhidmatan kiriman cepat . 

Lain-lain08.07.2009

Kembali ke atas