Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga dikenali sbg Dayak Laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iban


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang tepat dalam ayat contoh di bawah. 1. (a) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. atau (b) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal oleh keunikan seni ukirannya. Sekian, terima kasih,Kedua-dua ayat itu betul, namun kata sendi nama dengan lebih kerap digunakan, iaituĀ Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya.Tatabahasa01.08.2012
Yinyen Chua Jul 8th, 9:49am Saya perlu menjawab soalan latihan di sekolah, iaitu membetulkan kesilapan yang wujud pada ayat berikut "lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat". Jawapan yang digunakan di sekolah ialah Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. Adakah jawapan yang diberikan itu betul?Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. Ayat ini betul.Tatabahasa08.07.2014
Salam sejahtera. 1. Saya ingin tahu 5 perkataan dalam bahasa Iban dan 5 perkataan dalam bahasa Kadazan yang bunyinya hampir sama dengan bahasa Malaysia. 2. Sila berikan ayat dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan untuk ayat berikut: a. Apa khabar? b. Siapakah nama awak? c. Awak tinggal di mana? d. Bolehkah saya bantu? e. Marilah kita ke sana.Silahubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP  (03-21418423/2815/2813) atau Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (088-439260) untuk saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain18.12.2008
Apakah kesalahan dalam ayat ini dari aspek ejaan dan tanda baca : lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajatDari segi ejaan tiada kesalahan, tetapi dari segi tanda baca ada penggunaan huruf besar pada beberapa tempat:

Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat.
Lain-lain08.07.2014
assalamuaikum Tuan. Saya sedang menyiapkan tesis berkaitan Pembangunan Modul Kata Kerja untuk Murid Iban sekolah rendah di Sarawak. Saya ingin kepastian berkaitan teori yang sesuai untuk saya terokai dan kaitan dengan penguasaan kosa kata kerja untuk murid bukan penutur natif ini. Sebelum ini saya menggunakan Teori Medan Makna,namun terlalu mendalam dan kurang sesuai untuk pemerolehan kosa kata murid Iban. Saya juga sedang mempertimbang untuk menggunakan Teori Fungsional,namun saya masih buntu. Mohon pencerahan daripada Pihak DBP. terima kasih TuanKami mencadangkan tuan/puan untuk merujuk para pensyarah atau pengajar di universiti tuan/puan. Namun, sekiranya tuan/puan ingin membuat rujukan tesis, kertas kerja, buku atau artikel, tuan/puan boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/Penyelidikan14.08.2021
Selamat sejahtera, Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. (ngajat, "n" perlu huruf besar?Tarian Ngajat sebagai kata nama khas perlu ditulis huruf awalnya dengan huruf besar.Tatabahasa18.06.2012
Pakaian tradisional suku kaum Iban itu sangat molek. Boleh saya tahu mengenai penggunaan perkataan molek di dalam ayat tersebut? Betul atau salah? Mohon penjelasan. Terima kasih.Penggunaan perkataan molek itu tidak salah.

Definisi : 
(molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll); memolekkan menjadikan molek; kemolekan perihal molek, kecantikan, keĀ­elokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa13.08.2020
Kebanyakan hasil kraf tangan kaum Iban 'diperbuat' daripada manik. Adakah perkataan 'diperbuat' itu betul dalam ayat ini?Perkataan "diperbuat" dalam ayat tersebut betul.Lain-lain23.05.2016
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation.Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.Lain-lain04.10.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan sebutan etnik?Perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Istilah18.06.2010
12

Kembali ke atas