Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.ge.ris] | ايڠݢريس

Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INGGERIS-KATOLIK UMUM 
KESUSASTERAAN INGGERIS

Kesusasteraan Inggeris mengandungi

puisi, prosa, dan drama yang ditulis dalam bahasa

Inggeris oleh pengarang di England, Scotland, dan

Wales. Semenjak tahun 1707, tiga buah negara itu

telah bergabung melalui politik di bawah nama

Great Britain. Setiap negara tersebut, khususnya

England, telah melahirkan pengarang yang

ulung. William Shakespeare dan Charles Dickens

merupakan dua daripada nama-nama yang besar

dalam kesusasteraan Inggeris.

UMUM 
SELAT INGGERIS

Selat Inggeris ialah kawasan berair di antara

England dengan Perancis yang menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Laut Utara. Selat sepanjang

563 kilometer ini lazimnya dirujuk sebagai Selat

Inggeris. Lebarnya berbeza-beza dari kira-kira 35

kilometer hingga 160 kilometer. Bahagian yang

paling sempit – di antara bandar Dover di England

dengan bandar Calais di Perancis – ialah Selat

Dover.

UMUM 
MORTIMER

Mortimer ialah nama keluarga bangsawan

Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris

dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an.

Mereka menjadi tuan tanah yang penting di

kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa

wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer

menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam

perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja

Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York

terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah

diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi

perkahwinan.

UMUM 
HON INGGERIS UMUM 
DRAKE, SIR FRANCIS

Drake, Sir Francis (1540?–1596), penjelajah

dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang

Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik

perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh

utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa

di laut.

UMUM 
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
SASTERA INGGERISSastera yang ditulis dalam bahasa Inggeris.SASTERAKonsep
SASTERA SUKUAN INGGERISSastera yang wujud di Malaysia setelah penjajahan Inggeris.SASTERAKonsep
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN

KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya.

BAHASAPenerbitan
12345678910...

Kembali ke atas