Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.ge.ris] | ايڠݢريس

Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
English landscape gardentaman lanskap Inggeristaman lanskap Inggeristaman landskap InggerisPertanian
english sonnetsoneta Inggrissoneta Inggerissoneta InggerisKesusasteraan
Anglo-Malaya Defence AgreementPerjanjian Pertahanan Inggris-MalaysiaPerjanjian Pertahanan Inggeris-MalayaPerjanjian Pertahanan Inggeris-MalayaSains Politik
AngloInggrisTiadaInggerisKesenian
long tonton InggrisTiadaton InggerisKejuruteraan
crown colonykoloni kerajaantanah jajahan (mahkota Inggeris)tanah jajahanSains Politik

Kembali ke atas