Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.ge.ris] | ايڠݢريس

Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Inggerisrakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendewaanperihal atau perbuatan men­dewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
keinggerisanterlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap;Kamus Dewan Edisi Keempat
kompeni1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. per­tubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuh­kan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua.Kamus Dewan Edisi Keempat
lagu Inggerislagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
bahasa Inggerisbahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelengkapan1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemelajaranproses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat
sterling1. piawai (wang, logam murni); 2. mata wang Inggeris yg piawai; wang (paun) ~ sj mata wang Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat
menempelakmengeluarkan kata-kata yg pedas utk mencela orang yg telah melakukan kesalahan dll; menggusari dan menye­sali: Mereka ~ aku kerana aku suka belajar bahasa Inggeris dan suka berkawan dgn orang Inggeris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas