Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.ge.ris] | ايڠݢريس

Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Anglo-Chinois stylegaya Cina-InggerisLandskapTiadaGubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina.
chicken brothbrot InggerisPentadbiran PerniagaanTiadaSup istimewa Inggeris.
black Englishbahasa Inggeris orang hitamSosiolinguistikTiadaBahasa Inggeris yang digunakan di kalangan penutur kulit hitam di Amerika Syarikat.
Anglo-Irish LiteratureKesusasteraan Irish-InggerisKesusasteraanTiadaKesusasteraan keturunan Inggeris-Ireland di England.
Anglo-Norman PeriodZaman Norman-InggerisKesusasteraanTiadaZaman Norman Inggeris iaitu dari tahun 1100 hingga 1350 apabila dialek Perancis menjadi daya penggerak kesusasteraan di England sesudah bahasa Latin.
a l'Anglaiseala InggerisPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang dimasak mengikut cara Inggeris, contohnya campuran telur, air dan minyak dan serbuk perasa untuk menyalut makanan dan kemudiannya disalut pula dengan serbuk roti.
English wrapjaket InggerisKesenianTiadaJaket pendek longgar dubel-bres yang berkolar atau berkerudung. Dipakai oleh lelaki Inggeris pada pertengahan abad ke-19.
English coatkot InggerisKesenianTiadaJaket dubel bres paras paha, berkolar lapel dan berkocek tutup, pakaian wanita Inggeris pada tahun 1890-an.
anthemantemMuzikTiada

 Komposisi koral Inggeris yang dinyanyikan dalam upacara gereja Protestan atau Anglikan. Teks antem adalah dalam bahasa Inggeris dan kandungan biasanya dipetik daripada Kitab Injil.

English walking jacketjaket siar InggerisKesenianTiadaJaket bres tunggal, berkolar lapel, longgar bahagian hadapan, sama sendat pada garis pinggang bahagian belakang, dan kembang ke kelepet untuk membentuk peplum dan mempunyai lengan bermanset lebar berlipat, dipakai oleh wanita Inggeris pada tahun 1870-an.
12345678910...

Kembali ke atas