Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.lam] | إسلام

Definisi : agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.lam] | إسلام

Definisi : 1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Islam

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)"Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Tatabahasa03.03.2009
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
Ejaan bagi agama Islam. Sama ada "Agama Islam" atau "agama Islam". Mana yang betul?Ejaan yang betul ialah "agama Islam".Ejaan27.06.2011
Cikgu, pilihan frasa di bawah yang manakah adalah betul? 1. bertentangan dengan ajaran Islam 2. bertentangan ajaran Islam 3. bertentang dengan ajaran Islam 4. bertentang ajaran Islam Tolong jelaskan sebab frasa yang betul dan sebab frasa yang salah. Terima kasih atas usaha DBP.Frasa yang gramatis ialah "bertentangan dengan ajaran Islam". Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah  unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

Tatabahasa13.05.2014
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam).Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam.Tatabahasa17.03.2019
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
1. penggunaan bahawa?? 2. Bolehkah menggunakan perkataan Ini diawal ayat? 3. Kejayaan kita menjadi... Islam sebagai addin......menjadikan Islam atau menjadi Islam? 4. penggunaan adalah dan ialah??? 5. Bolehkah menggunakan perkataan Yang diawal ayat? 6. Bolehkah menggunakan yang merupakan dalam ayat? 7. Bolehkah menggunakan kata tanya seperti bila, bagaimana, siapa.... dalam pernyataan ayat? 8.1. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
2. Boleh. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.
3. ...menjadikan Islam
4. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
5. Boleh.
6. Soalan ini tidak jelas.
7. Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat.
Tatabahasa27.03.2013
Islam Iman Dan Ihsan THURS 16:27 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya berminat menulis sebuah buku teks peringkat Ijazah sarjana muda jurusan matematik. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ganjaran RM 20000 untuk penulis di samping bayaran royalti, bermula 2012. Soalan saya: 1. Apakah ganjaran masih sah sehingga sekarang? 2. Adakah buku teks yang saya ingin tulis itu termasuk di bawah kategori buku yang layak ganjaran RM20,000 tersebut? Terima kasih Dr Auni Aslah Bin Mat Daud, Senior Lecturer, School of Informatics and Applied Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia Tel: +609 6683625Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain02.02.2017
bilakah DBP mula mengeluarkan bahan sastera kanak-kanak islam di Malaysia?, apakah antara tajuk sastera kanak-kanak islam yang dikeluarkan di Malaysia sepanjang penubuhan DBP? siapakah penerbit sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah perkembangan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia? bagaimanakah munculnya penerbitan sastera kanak-kanak Islam di Malaysia?

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja tidak mempunyai bahan-bahan yang saudara kehendaki kerana pihak kami tidak mengkhusus kepada sastera kanak-kanak Islam sahaja.  Boleh dikatakan semua karya yang diterbitkan mempunyai nilai-nilai Islam, sama ada dari segi nilai-nilai murni, etika dan sebagainya.  Saudara boleh mencari jawapan kepada soalan saudara dengan menghubungi Pusat Pengajian Melayu, Dewan Bahasa dan Pusataka, atau pergi ke mana-mana perpustakaan di tempat saudara.

Lain-lain28.08.2008
Saya seorang pelajar yang menulis tentang Pendidikan Islam. saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf kecil dan besar dalam perkataan pendidikan islam dalam ayat-ayat berikut : 1. Pusat-pusat pendidikan islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan islam.Penggunaan huruf yang betul:
1. Pusat-pusat pendidikan Islam   
2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan Islam
Ejaan19.07.2018
12345678910...

Kembali ke atas