Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.lam] | إسلام

Definisi : agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.lam] | إسلام

Definisi : 1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Islam

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ahkam Islamhukum IslamPerniagaan IslamTiadaPerintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias.
quasi government Islamic bondbon Islam separa kerajaanEkonomiEkonomi IslamBon Islam yang diterbitkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Bon ini digunakan sebagai tanda aras peletakan harga jualan bagi sekuriti hutang Islam. Bon Islam separa kerajaan ini diterbitkan bagi tujuan pembiayaan jangka sederhana dan jangka panjang dengan menggunakan prinsip berasaskan hutang. Contohnya, bon kupon sifar. Sinonim bon khazanah.
Islamic banking systemsistem perbankan IslamEkonomiEkonomi IslamPerbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadi’ah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai’ Bithaman ‘Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lain seperti jualan aset, pajakan modal, pajakan operasi, urus niaga sekuriti hutang, surat jaminan, surat kredit, modal kerja dan akaun pelaburan. Sinonim perbankan tanpa riba, sistem perbankan tanpa faedah (SPTF).
Islamic financial marketpasaran kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamPasaran yang berurus niaga dengan instrumen kewangan Islam, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Pasaran ini boleh dibahagikan kepada pasaran modal Islam, pasaran wang secara Islam dan pasaran pertukaran asing. Kewujudan pasaran ini memerlukan infrastruktur seperti undang-undang, garis panduan dan tempat urus niaga. Pasaran ini menentukan jumlah tabungan dan menentukan kadar pulangan serta harga instrumen kewangan.
jizyahcukai kepala/jizyahPerniagaan IslamTiadaCukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)EkonomiEkonomi IslamInstitusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba.
corporate Islamics bondbon Islam korporatEkonomiEkonomi IslamBon Islam yang diterbitkan oleh syarikat korporat yang mempunyai modal berbayar melebihi nilai tertentu. Bon ini merupakan salah satu bentuk pembiayaan hutang syarikat yang dikeluarkan berasaskan akad tertentu seperti bai‘ bithaman ajil, murabahah, mudarabah, musyarakah dan qardul hasan. Tempoh matang minimum ialah tiga tahun dan maksimum selama 20 tahun. Bon ini akan diberikan taraf yang berbeza oleh agensi penarafan berdasarkan kedudukan kewangan syarikat. Sinonim sekuriti hutang swasta Islam.
Amanah Saham Bank IslamAmanah Saham Bank IslamEkonomiEkonomi IslamDana unit amanah Islam yang dikelolakan oleh BIMB Holdings Berhad. Tujuannya adalah untuk menyediakan ruang saluran bagi pelabur mengumpulkan dana yang diuruskan oleh BIMB Securities Sdn. Bhd. dan melaburkannya dalam syarikat yang diluluskan oleh syariah.
callable Islamic bondbon Islam boleh panggilEkonomiEkonomi IslamBon Islam yang boleh diminta untuk ditebus semula oleh pengeluar sebelum tarikh matang. Hal ini bermakna, pengeluar mempunyai hak untuk membeli semula bon terbitannya apabila dikehendaki walaupun sebelum tarikh matang. Langkah ini biasanya dilakukan apabila pengeluar tersebut ingin mengambil kesempatan daripada harga rendah bon di pasaran. Tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan kos penebusan semula di akhir tempoh matang. Contohnya, sukuk ijarah.
Islamic unit trust schemeskim unit amanah IslamEkonomiEkonomi IslamDana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah. Skim ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berkhidmat dengan syarikat pembrokeran Islam. Bagi memastikan perlaksanaan skim ini mematuhi prinsip syariah, syarikat dikehendaki melantik jawatankuasa penasihat syariah. Keperluan melantik jawatankuasa ini terkandung dalam garis panduan Dana Unit Amanah. Contoh skim unit amanah Islam ialah dana ekuiti Islam, dana bon Islam dan dana KLSI. Sinonim unit amanah Islam.
12345678910...

Kembali ke atas