Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar hari kedua dlm seminggu, selepas hari Ahad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Isnin

Puisi
 

Malam ini malam Isnin,
     Malam besok malam Selasa;
Tuntutlah ilmu sampai berkenan,
     Lepaslah kamu dari seksa.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih.

Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin.  Seperti ungkapan  'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut.

Makna30.03.2009
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat !Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  Lain-lain16.10.2016
Apakah perbezaan antara pagi Isnin dengan Isnin pagi?Frasa yang betul ialah pagi Isnin. Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua.Tatabahasa27.12.2014
Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ...

Tatabahasa06.05.2010
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini?Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya.Tatabahasa01.08.2008
Singkatan 3 huruf untuk hari, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad? Cth: Isnin = IsnBuat masa ini, belum ada singkatan untuk perkataan hari dan ditulis penuh.Ejaan22.04.2021
Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah betul jika hari ini Ahad, 26.3.2023, dan saya merujuk kepada Isnin, 27.3.2023 (esok) sebagai minggu depan/hadapan? Adakah jarak masa yang dekat antara Ahad dan Isnin menjadikan frasa "minggu depan" membawa maksud minggu seterusnya (3.4.2023 - 9.4.2023)? Terima kasih.Apabila merujuk mingguan, setiap tujuh hari genap seminggu dan tujuh hari berikutnya ialah minggu seterusnya. Dalam konteks kiraan mingguan ini, hari terakhir minggu pertama dan hari pertama minggu seterusnya ialah minggu yang berbeza, walaupun selang masa hanya 24 jam.Lain-lain27.03.2023
Ayat mana betul: 1. Dia berjoging di taman setiap petang. 2. Dia berjoging di taman pada setiap petang. 3. Dia bermain gasing pada setiap hari Isnin. 4. Dia bermain gasing setiap hari Isnin. 5. Abang bermain gasing di lantai.Ayat 1 hingga 4 adalah betul.Tatabahasa20.07.2016
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Salam..saya ingin bertanya tentang kata nama khas bagi perkataan " Hari Deepavali". Huruf H pd perkataan "hari" perlu ditulis dgn huruf besar @ tidak? Bagaimana pula dgn hari Isnin, Selasa, Rabu & seterusnya? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar pd perkataan " hari ".. harap dapat berikan penjelasan.terima kasihEjaan yang betul ialah hari Deepavali sama seperti hari Isnin. Kekeliruan timbul kerana ungkapan Hari Deepavali sering digunakan dalam rangkaian nama khas seperti Selamat Menyambut Hari Deepavali, maka Hari Deeapavali dieja dengan huruf besar pada pangkal katanya.Ejaan23.07.2015
123456789

Kembali ke atas