Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar hari kedua dlm seminggu, selepas hari Ahad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Isnin

Puisi
 

Malam ini malam Isnin,
     Malam besok malam Selasa;
Tuntutlah ilmu sampai berkenan,
     Lepaslah kamu dari seksa.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Monday morning diseasepenyakit pagi IsninVeterinarTiadaTiada
day-of-the-week effectkesan harian dalam semingguPentadbiran PerniagaanTiadaPenemuan empirikal yang mendapati pulangan saham lebih rendah pada hari Isnin berbanding pada hari lain dalam seminggu.
floating rate mechanismmekanisme kadar terapungEkonomiEkonomi IslamKaedah penentuan kadar untung yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Kaedah ini menyebabkan kadar untung boleh berbeza antara akad yang melibatkan jumlah hutang yang sama nilai tetapi dilakukan pada masa yang berbeza. Mekanisme ini diperkenalkan kepada instrumen kewangan Islam sebagai pembaharuan kepada mekanisme kadar tetap. Kadar terapung ini berasaskan kadar semasa dalam pasaran wang Islam antara bank campur margin. Contohnya, pada hari Isnin, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Pada hari Selasa pula, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Walau bagaimanapun, kadar antara bank yang dikenakan adalah berbeza pada hari Isnin dan Selasa. Sinonim mekanisme boleh suai.
collophonkolofonKesusasteraanTiadaMaklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742.�

Kembali ke atas