Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf kesepuluh abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf kesepuluh abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata J


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Hei, jangan pergi!" Jerit Ali. atau "Hei, jangan pergi!" jerit Ali. Huruf J yang betul. Adakah J besar atau j kecil.Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.)Tatabahasa24.10.2019
Ahli J/Kuasa sedang menyediakan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Melalui Kaunter dan Taklimat. Mohon pandangan pihak DBP ayat yang lebih tepat untuk skala tahap kepuasan pelanggan untuk menggantikan yang asal: 1. Amat Tidak Memuaskan 2. Tidak Memuaskan 3. Sederhana Memuaskan 4. Memuaskan 5. Amat Memuaskan Tukar kepada: a) 1. Kurang Memuaskan 2. Memuaskan 3. Baik 4. Sangat Baik 5. Cemerlang b) 1. Tidak Memuaskan 2. Kurang Memuaskan 3. Memuaskan 4. Amat Memuaskan 5. Cemerlang atau pihak DBP ada cadangan yang lebih baik. Kerjasama pihak DBP amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasihPada pandangan kami, penggunaan kata yang sesuai adalah seperti yang berikut:
1. Kurang Memuaskan
2. Memuaskan
3. Baik
4. Sangat Baik
5. Cemerlang
Tatabahasa14.12.2015
Tuan, angka perlu ditulis terpisah dengan unit, seperti 2 m, 5 km, 2000 km/j, dan 100 oC, atau dieja bercantum dengan unit, iaitu 2m, 5km, 2000km/j, dan 100oC?Dieja terpisah.Lain-lain16.06.2015
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul?Salam sejahtera, 

Semua frasa betul dan boleh digunakan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa17.05.2019
Adakah huruf J didalam perkataan jawatankuasa ditulis dengan huruf kecil atau besar? contoh ayat: Perkara itu telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa yang terlibat.

Ayat yang betul ialah Perkara itu telah dimaklumkan kepada “jawatankuasa” yang terlibat.  Penggunaan huruf j bagi perkataan jawatankuasa ialah huruf kecil.

Ejaan18.02.2024
Adakah ejaan "K" dalam tulisan jawi seperti ini? "kaf-ya-ha" Bagaimanakah caranya menulis P.J.K dalam tulisan jawi?Terdapat dua cara mengeja huruf, pertama satu huruf Rumi diwakili satu huruf Jawi atau huruf Rumi dieja mengikut bunyi dalam ejaan Jawi. Contohnya: P.J.K. - .ف.ج.ك  atau .في.جي.كي
Perlu diingat huruf  Pa dalam ejaan Jawi mempunyai tiga titik.
Ejaan28.08.2012
Saya ingin tahu adakah Dewan Bahasa & Pustaka mempunyai buku2 teks sekolah rendah untuk rujukan terutamanya buku2 bahasa arab (j-QAF) serta huraian sukatan mata pelajaran bahasa arab untuk sekolah rendah. Jika ada, bilakah masa yang sesuai untuk saya membuat rujukan ?

Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan buku Teks Bahasa Arab KBSR, tahun satu hingga enam.

Bagi kegunaan j-Qaf, buku teks lama masih digunakan tetapi menggunakan sukatan pelajaran berdasarkan j-Qaf, hanya Bahasa Arab Tahun satu kegunaan 2008  buku baharu telah digunakan dan akan disusuli dengan buku-buku seterusnya.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ada dijual dikedai Koperasi DBP Kuala Lumpur.

Sekiranya saudara ingin membuat rujukan mengenai buku-buku tersebut, saudara boleh juga datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Lain-lain31.12.2007
Soalan : Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN Jawapan : Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. Terima kasih SOALANNYA IALAH EJAAN WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN BETUL KE TAK? Apa yang tidak jelasnya. Baca la betul-betul ya. Gunakan ilmu kefahaman.Penggunaan kata dan ejaan yang betul ialah "Bengkel JKR Daerah Pontian".Tatabahasa16.06.2015
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
123456

Kembali ke atas