Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Jabatan Pengangkutan Jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JPJ


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Tuan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penganjuran kursus penulisan surat rasmi untuk kakitangan awam. Jika ada JPJ Negeri Sarawak ingin menjemput pihak DBP untuk mengadakan kursus tersebut di Jabatan ini. Tujuannya adalah untuk memantapkan teknik penulisan surat dengan ayat/bahasa yang betul dan halus bagi kakitangan yang diminta untuk menyediakan surat/memo untuk pegawai atasan. Maklumbalas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  faridah@dbp.gov.my.Lain-lain02.07.2013
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "runner" dalam konteks seseorang yang diupah untuk berkejar-kejaran dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain untuk menghantar/mengambil dokumen, wakil membuat permohonan sesuatu perkara, membeli barang dll. Contoh istilah bahasa Inggeris ialah "JPJ runner". Terima kasih.Kami mencadangkan perkataan “utusan” atau “wakil” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “runner” dalam konteks maksud yang diberikan.Istilah14.11.2018

Kembali ke atas