Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Jabatan Perdana Menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JPM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DIDALAM WEB/PORTAL KERAJAAN ADA PERKATAAN "WEB MOBIL" CONTOH PORTAL MAMPU, JPM. ADAKAH PERKATAAN MOBIL MEMBAWA ERTI TELEFON BIMBIT ATAU KENDERAAN? MOHON PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL MENGENAI PERKATAAN MOBIL INI.

Merujuk  Kamus Dewan Perdana, halaman 1472, perkataan “mobil” merujuk kepada kenderaan berkereta dalam bahasa Indonesia. Makna keduanya ialah sesuatu yang mudah bergerak, digerakkan atau dipindahkan. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman perkataan yang sesuai untuk “mobil” ialah “alat telekomunikasi mudah alih”. Berdasarkan laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), “Web Mobil” merujuk kepada “Laman Web Mudah Alih”, manakala “Aplikasi Mobil”  merujuk kepada “Aplikasi Mudah Alih”.

Tatabahasa13.07.2023
Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPMYang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-PertuaEjaan05.09.2013
Tuan/Puan, Saya ingin tanya Bahasa Melayu untuk Inception Report dan Interim Report. Sekian, terima kasih. Felicia Chua MAMPU, JPMPadanan Inception Report ialah Laporan Awal, iaitu Laporan sesuatu kajian untuk mendapatkan persetujuan bidang tugas antara klien dengan pengkaji. Padanan Interim Report ialah Laporan Interim, iaitu laporan sementara yang disediakan oleh mana-mana jawatankuasa ataupun individu sebelum tarikh laporan akhir.Istilah18.09.2014
Salam, tuan/puan. Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak PRPM mengenai hal berikut. Sila rujuk kepada tangkapan skrin yang disertakan. Menurut jawapan pihak PRPM, baginda hanya boleh digunakan untuk raja. Namun, menurut laman web berikut https://www.jpm.gov.my/ms/kategori/10-/1566-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-dan-kdymm-seri-paduka-baginda-raja-permaisuri-agong-ke-republik-t%C3%BCrkiye KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri. Adakah penggunaan ini boleh diterima dan dianggap betul? Selain itu, menurut laman web berikut https://www.sinarharian.com.my/article/282334/berita/nasional/tembakan-di-bangkok-tmj-selamat-kongsi-detik-cemas Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibrahim digelar sebagai baginda juga, namun pada masa itu baginda belum dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Adakah penggunaan ini betul? Seterusnya, sila rujuk kepada laman web ini https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/27522/13170. Dalam ejournal ini, "baginda" digunakan untuk menggelar maharani. Adakah ia bermakna "baginda" boleh digunakan untuk Raja Permaisuri & Putera-puteri & Maharani? Harap pihak PRPM boleh terangkan penggunaan ini dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih.Untuk menjawab soalah tuan, saya merujuk Kamus Dewan Perdana dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Panggilan Hormat Diraja dalam Surat Pekeliling berkenaan hanya menyenaraikan gelaran dan panggilan hormat bagi sultan/raja. Oleh itu, kami beranggapan dalam hal penggunaan kata ganti nama diri sultan/raja panduan yang jelas ada dalam Kamus Dewan Perdana. Walau bagaimanapun, sekiranya ada garis panduan/pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak yang wewenang dalam hal ini seperti Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hal tersebut boleh diperakukan. Dalam Kamus Dewan Perdana, kata ganti nama "baginda" digunakan untuk raja, khalifah dan nabi. Dalam konteks negara kita baginda hanya digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah negeri. Lain-lain04.02.2024
maksud fungsi dlm bahasa melayu

Saudara,

Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan.

Makna03.07.2010
Assalamualaikum.boleh bantu saya? Macam mana cara saya nak dapatkan istilah-istilah @ gelaran-gelaran salutasi rasmi dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, tuan boleh merujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya yang dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa, JPMLain-lain23.08.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pertanyaan bagi ruang tandatangan surat rasmi, sekiranya pegawai tersebut mempunyai pangkat sebagai contoh; (Ts. ABDUL RAZAK BIN SABTU D.S.M, B.K.T, P.J.K.) Apakah cara penulisan yang betul di dalam surat berkenaan? Pangkat berada di dalam tanda kurung atau berada di luar? Ada noktah di setiap huruf akronim atau tidak? Ini kerana merujuk kepada BIUPA, JPM, penulisan pangkat mempunyai noktah bagi setiap akronim. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk makluman saudara, format penulisan surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.

Untuk penulisan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri yang betul, saudara juga bolehlah merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan/Kementerian Wilayah Persekutuan. 

Lain-lain22.07.2022
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011

Kembali ke atas