Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jawatan Utama Sektor Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JUSA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pengesahan , Untuk pegawai kerajaan yang tiada pangkat Dtk ,Haji dan lain2 tetapi berkedudukan dalam jawatan spt Jusa A/B kata hormat yang digunakan YBerusaha Encik... atau YBerusaha Tuan.... Terima kasih.Salam sejahtera,

Kata Hormat untuk Jusa A atau B yang tiada pangkat Datuk/Haji/Lain-lain

Kata hormat yang digunakan ialah: Yang Berusaha Tuan

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.08.2022
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia.Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain22.10.2009
Saya keliru dengan gelaran Ts. Bagaimana sapaan Ts. dalam surat adakah boleh menggunakan YBrs. Ts. contoh: YBrs. Ts. Ali bin Abu. atau pun Encik Ts. Ali bin Abu. Mohon pencerahan tuan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:


Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

Tuan,

PERKARA

Isi.


manakala, bagi jawatan Ketua Jabatan Persekutuan/Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timb. Komisioner Polis dan setaraf ke atas) kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:

YBrs. Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

YBrs. Ts.,

PERKARA

Isi.
Lain-lain31.01.2024
Saya ingin tahu penggunaan yang sebetulnya kata panghadapan seperti Yang Berusaha,Yang dihormati,Yang Mulia dan sebagainya kepada orang-orang tertentu?Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain28.04.2010
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016

Kembali ke atas