Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jasminum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jasmine (Jasminum sambac)melur (Jasminum sambac)PertanianTiadaTiada
Jasminum sambacmelurHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Oleaceae yang dikenali juga sebagai Jasmin. Tumbuhan beraroma ini berasal dari India dan diperkenalkan ke Malaysia dan pulau Jawa. Pokok ini ditanam sebagai tanaman perhiasan dan perubatan. Daunnya jenis ringkas dan bahagian atas daun berwarna hijau berkilat. Tepi daunnya licin dan berombak. Jambak bunganya jenis sima dan mengandungi tiga atau lebih bunga yang tersusun padat. Bunganya berwarna putih dengan aroma yang kuat. Buahnya jenis beri berwarna hitam apabila matang. Daun yang telah dilumatkan disapukan untuk merawat masalah kulit dan luka, ditumbuk bersama bedak sejuk sebagai sapuan untuk menghilangkan rasa gatal akibat kudis demam campak dan menghilangkan parut kudis. Daun atau bunga yang diramas disapu pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu. Air rebusan daun diminum untuk merawat demam. Akar segar dimakan untuk merawat penyakit kelamin dan dibuat tampalan pada bahagian yang terseliuh dan patah anggota. Air rebusan bunga atau akar diminum untuk merawat lelah. Bunganya digunakan dalam pembuatan teh berperisa melur. Minyak patinya yang beraroma digunakan sebagai pewangi, bahan kosmetik dan aromaterapi.

Kembali ke atas