Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk elok dan bercahaya (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jeli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong


"jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. 
"crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021
Sama ada terdapat apa-apa padanan bagi istilah "konjonac" dalam bahasa Melayu? Ia merupakan bahan yang terkandung dalam jeli.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

konjonac - konjonak

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021
Nata de coco dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi nata de coco yang paling hampir ialah jeli kelapa.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2018
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010

Kembali ke atas