Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk elok dan bercahaya (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jeli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JEM DAN JELI UMUM 
PETROLATUM

Petrolatum juga dikenali sebagai jeli petroleum,

ialah bahan jeli, dari tidak berwarna hingga

berwarna kuning, yang dibuat daripada petroleum.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM 
ALBUMIN

Albumin juga dieja albumen ialah zat bergelatin

(seperti jeli) yang melekit. Bentuk yang biasa dikenali

ialah putih telur. Albumin tergolong dalam kelas

makanan yang dikenali sebagai protein (lihat

Protein ).

UMUM 
KACA AIR

Kaca air juga dikenali sebagai kaca terlarutkan

(formula kimia Na2SiO3), ialah sebatian bak jeli yang

terdiri daripada natrium, silikon, dan oksigen.

Nama kimianya ialah natrium silikat.

UMUM 
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 

Kembali ke atas