Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Nabi Isa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jesus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM 
SALIB

Salib ialah simbol paling lazim bagi agama

Kristian. Salib merupakan palang yang padanya

Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya

bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan

peranan utama dalam menghapuskan dosa

manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai

lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan

penganut Kristian menggunakan simbol salib

yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan

Protestan sebahagian besarnya menggunakan

salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak

dengan palang melintang yang pendek sedikit

yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak

gereja Ortodoks Timur menggunakan salib

Yunani yang mempunyai empat palang yang sama

panjang yang bertemu di tengah-tengah.

UMUM 
SMITH, JOSEPH

Smith, Joseph (1805–1844) ialah pengasas dan

presiden pertama Gereja Mormon yang secara

rasminya dikenali sebagai Gereja Jesus Christ of

Latter-day Saints. Beberapa gereja lain turut

mengiktiraf Smith sebagai pengasas mereka.

Antaranya, yang terbesar ialah Reorganized Church

of Jesus Christ of Latter-day Saints.

UMUM 
MORMON

Mormon ialah nama yang biasanya diberi

kepada ahli The Church of Jesus Christ of Latter-day

Saints . Mereka dinamakan demikian kerana

kepercayaan mereka pada Book of Mormon.

Mereka mendakwa bahawa gereja seperti yang

ditubuhkan oleh Christ tidak wujud dalam bentuk

asalnya, dan telah dipulihkan pada zaman moden

melalui wahyu daripada tuhan kepada Joseph

Smith (lihat Smith, Joseph). Oleh itu, mereka

percaya, bahawa gereja mereka adalah gereja

Jesus Christ yang sebenar dan lengkap yang

dipulihkan di dunia ini. Mormon lebih tepat

dinamakan Latter-day Saints, menggunakan

perkataan “saint” dalam pengertian dalam Bible

yang bermakna mana-mana ahli kepada gereja

Christ .

UMUM 
ERA KRISTIAN

Era Kristian ialah tempoh sejak kelahiran Jesus

Christ hingga kini.

UMUM 
ANTI-CHRIST

Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang

menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti-

Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan,

tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan

tentang perang akhir antara yang baik dengan yang

jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan

Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti-

Christ muncul hanya dalam Warkah John yang

Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul

dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini

dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai

sejenis haiwan, satu bentuk Iblis.

UMUM 
TIBERIUS

Tiberius (42 S.M.–37 M.) ialah maharaja Rom

pada zaman Jesus Christ. Nama penuhnya ialah

Tiberius Claudius Nero. Baginda ialah maharaja

Rom yang kedua. Baginda menggantikan Maharaja

Augustus, iaitu bapa angkat dan bapa tirinya.

Tiberius merupakan pemerintah tentera yang

berjaya di bawah pemerintahan Augustus.

UMUM 
ANDREW, SAINT

Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12

orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik

lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang

nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai

utara Laut Galilee.

UMUMUmum
KAPAN TURIN

Kapan turin ialah kain linen yang ramai orang

percaya ialah kain kapan Jesus Christ. Kain ini

berukuran 434 x 109 sentimeter.

UMUM 
ADVENTIS

Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang

menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang

percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke

dunia pada bila-bila masa.

UMUM 
123

Kembali ke atas