Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : Ar 1. hari keenam dlm seminggu, se­lepas hari Khamis; sembahyang ~ sem­bah­yang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu; berjumaat bersembahyang Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jumaat

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Hendak jumpa Nabi Muhammad,
     Hendak menghadap Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(16)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA BOT RAJA JUMAATtokohSEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD

RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURAH AL-JUMU‘AH

Surah al-Jumu‘ah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke- 62 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

11 ayat. Surah ini dinamakan al-Jumu‘ah kerana

disebut di dalamnya hukum-hukum sembahyang

Jumaat.

UMUM 
IDARAN ZAMAN

IDARAN ZAMAN, akhbar mingguan tulisan Jawi yang diterbitkan pada tiap-tiap hari Jumaat. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1925 di Pulau Pinang. Usaha untuk menerbitkannya dilakukan oleh Haji Abdul Aziz. Sidang pengarang pertama akhbar ini ialah Mohd. Yunos Abdul Hamid, dari 1 Januari 1925 hingga Ogos 1938.

SASTERAKarya
TANJUNG PENEGERI

TANJUNG PENEGERI, akhbar yang diterbitkan di Pulau Pinang pada pengujung abad ke-19.  Akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu, iaitu pada hari Selasa dan Jumaat ini terbit pertama kalinya pada 4 Oktober 1894.  Editor pertama akhbar ini ialah S.P.S.K. Kadar Sahib, seorang yang berketurunan India Muslim.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
KOTA LUKUT

KOTA LUKUT, pusat pertahanan dan pentadbiran Raja Jumaat, pemerintah daerah Lukut pada abad ke-17. Kota ini terletak di atas Bukit Gajah Mati, Negeri Sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SUARA BENAR

SUARA BENAR, akhbar dwimingguan.  Penerbitan pertama akhbar ini bertarikh 2 September 1932.  akhbar ini diterbitkan pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu.  Penerbitnya ialah Malacca Lattefiah Press, No. 9, Temple Street, Melaka.  Inilah satu-satunya akhbar Melayu yang diterbitkan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
WARTA KINTA

WARTA KINTA, akhbar yang terbit di Ipoh, Perak.  Akhbar setebal 24 halaman ini mula diterbitkan oleh Persama Press, Pulau Pinang pada 24 Disember 1937.  Akhbar ini diterbitkan secara mingguan pada setiap Jumaat, hingga 10 Mei 1938.  Setelah 17 keluaran, penerbitannya terhenti.  Mulai terbitan 25 September 1939 hingga bulan Disember 1941, akhbar ini diterbitkan semula sebagai akhbar harian.  Pengarang dan penerbitnya ialah Raja Mansor bin Raja Abdul Kadir, seorang novelis prolifik sebelum Perang Dunia Kedua, dengan bantuan Haji Yang Hamzah.  Selepas keluaran 8 Mei 1940, pengurusan Warta Kinta diambil alih oleh Abd. Rahman bin Abd. Rahim dengan bantuan Ahmad Noor bin Abdul Shukoor.

SASTERAKarya
BAJU MELAYU

Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.

KESENIANArtifak/Mentifak
12

Kembali ke atas