Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : Ar 1. hari keenam dlm seminggu, se­lepas hari Khamis; sembahyang ~ sem­bah­yang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu; berjumaat bersembahyang Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ma.Öat] | جمعة

Definisi : 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jumaat

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Hendak jumpa Nabi Muhammad,
     Hendak menghadap Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(16)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
near rhymerima miripKesusasteraanPuisiPenggunaan rima yang hampir sama atau hampir serupa terutama dari segi bunyi apabila dideklamasikan sama ada terletak di dalam baris mahupun di hujung baris. Contohnya, dalam pantun berikut: Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.

Kembali ke atas