Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata KLCC


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama)
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba
2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama)
2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa25.10.2012
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan alasan anda. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. - adjektif dalam frasa nama bangunan tinggi.
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. - adverba kerana menerangkan kata kerja terbang.
2(a) Lelaki itu orang kuat. - adjektif dalam frasa nama orang kuat.
2(b) Dia bercakap kuat. - adverba kerana menerangkan kata kerja bercakap.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2012
salam, yang betul? 1. Menar KLCC merupakan bangunan yang - tertinggi sekali atau paling tinggi sekali di Malaysia.Kedua-duanya salah. Yang betul ialah paling tinggi atau teringgi.Tatabahasa27.07.2010
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih."Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar.Istilah22.05.2013
Assalamu alaikum. Mohon bertanya akronim dalam ejaan Jawi: 1. BSN 2. Jakim 3. KLCC 4. SMKBSP (SMK Bandar Seri Putra)

                            BSN                                            ب  .س  .ن .
Jakim                                                                         جاکيم

                  KLCC                                                 کي۰    ايل ۰ سي ۰ سي۰

                SMKBSP                                           س۰م۰ک۰ب۰س۰ڨ   

Ejaan16.01.2017
Salam, soalan berkenaan penggunaan frasa/kata sendi nama untuk ayat ini: "10 years of happy customers", adakah menjadi "10 tahun pelanggan gembira" ? betul atau salah? Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti "10 tahun bangunan KLCC" ?Frasa "10 years of happy customers" tidak boleh diterjemahkan secara langsung ke bahasa Melayu, tetapi perlu diketahui makna dan konteks frasa bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan bahasa sasaran (bahasa Melayu). Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "10 years of happy customers" ialah " 10 tahun bersama-sama anda". 

Untuk soalan "Bagaimana jika untuk kata nama khas seperti '10 tahun bangunan KLCC' ?", soalan tersebut kurang jelas dan mohon penjelasan tuan. Sekiranya ingin mengetahui tentang penggunaan frasa yang betul, kami mencadangkan "ulang tahun KLCC ke-10". 
Makna27.09.2023
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk makluman pihak tuan/puan, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Program Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 pada 8 hingga 10 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tema yang digunakan bagi program ini adalah ‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’ di dalam bahasa Inggeris, untuk penggunaannya dalam Bahasa Melayu pula kami bercadang untuk menggunakan ayat ‘Pembinaan Semula Pertumbuhan, Memacu Kecemerlangan’. Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati ingin mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada tuan/puan berkaitan penggunaan bahasa bagi tema ini dalam Bahasa Melayu. Petikan tema ini akan digunakan di mana-mana bahan promosi program yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi saya Cik Nurul Ain di talian 011-2924 0213 (ain.mohamad@mfa.org.my). Terima KasihMohon berikan konsep bagi perkataan Rebuilding Growth agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betulMakna24.05.2022
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 

Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.

Lain-lain03.03.2018

Kembali ke atas