Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata KO 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul?Ejaan yang betul ialah kokurikulumEjaan06.08.2007
1. Apakah sebutan yang betul bagi perkataan ‘taman eko’? Adakah sebutannya ‘eh-ko’ atau ‘eee-ko’? 2. Apakah sebutan yang betul untuk ‘generasi’? Adakah sebutannya ‘jeh-ne-ra-si’ atau ‘ge-ne-ra-si’? 3. Apakah istilah yang sesuai untuk ‘art teacher?’ Bolehkah ‘guru seni lukisan’ diterima?Sebutan yang betul ialah "eko"  dan  "generasi". Padanan bahasa Melayu "guru seni lukis bagi perkataan "art teacher" boleh digunakan. Ejaan03.04.2021
Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademikTidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas.Makna21.06.2012
1. Adakah "Konsonan Bergabung" merujuk kepada "Consonant Blends"? Kalau tidak, bolehkah "Consonant Blends" diterjemah sebagai "Konsonan Paduan"? 2. Adakah "Konsonan bergabung" dan "Konsonan bergading" mempunyai makna yang sama?Konsonan bergabung ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tiada maklumat/padanan consonent blends dalam sumber rujukan kami, manakala konsonan berganding atau digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf.Tatabahasa08.11.2022
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah: 
1. Penolong Kanan Kokurikulum 
2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Tatabahasa05.03.2012
soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas?Jawapan:
1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel.
 Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis.  ke-2 adalah betul.
 Jawapan 2:
Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar".
Jawapan 3:
Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan.
Jawapan 4:
Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih.
Tatabahasa28.03.2013
Sila beri jawapan bagi buku aktiviti sjk c tahun 3 BM Jilid 1 KSSR. muka surat 74 bagi frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung....sekian terima kasih. adakah "akhir sekali" ialah konsonan bergabung atau digraf? aiskrim vanila dan hari khamis??? saya sangat keliru dengan sebutan tersebut....Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contoh perkataan yang mempunyai diftong ialah lalai, kalau dan amboi.

Vokal berangkap pula ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan  puisi.

Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa19.02.2014

Kembali ke atas