Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg mengguna­kan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat atau tempat pembakaran (utk membakar kuih dsb). 2 relau atau tanur tempat membakar atau tempat mengeringkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ketuhar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kepentingan tulisan jawi ialah/adalah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. 2. Keluarkan roti dari/daripada ketuhar. Penggunaan kata manakah yang betul dan sila berikan sebabnya. Terima kasih.1. Kepentingan tulisan jawi ialah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. Tulisan Jawi sebagai lambang jati diri bangsa Melayu.
2. Keluarkan roti daripada ketuhar.
Tatabahasa05.03.2015
Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang.Istilah06.01.2017
Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai)

Saudara,

Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai  digunakan.

Tatabahasa07.07.2010
Apakah istilah bahasa melayu untuk brick oven atau masonry oven?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ketuhar bata atau oven bataIstilah01.03.2017
Salam sejahtera pihak DBP, Saya selalu keliru dengan penggunaan perkataan kata sendi nama seperti berikut: 1. Adakah: i. "Kucing itu melompat dari / daripada kereta @ tangan @ tingkap"? ii. "Dia keluar dari / daripada kereta", "Roti itu dikeluarkan dari / daripada ketuhar"? - menunjukkan tempat atau arah? (DARI) - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad? (DARIPADA) Saya nampak beberapa nasihat yang berbeza daripada DBP di ruang Khidmat Nasihat. 2. "Dia buat sesuatu terhadap / kepada / pada saya." 3. "Perkara itu terjadi kepada / pada saya."1. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama yang merujuk arah, tempat dan masa, seperti Dia berasal dari kampung; manakala kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama yang merujuk sumber dan perbandingan, seperti Roti diperbuat daripada tepung.
2. Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan, Jangan bersikap biadab terhadap orang tua; kata sendi nama kepada digunakan untuk merujuk sasaran, Lagu ini ditujukan kepada kekasihnya; dan kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, Pertandingan ini diadakan pada peringkat kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.
Tatabahasa06.07.2022
Saya melampirkan soalan pada dokumen di bawah.Ayat yang betul:
a. Dia mengeluarkan wang daripada beg tangannya.
b. Dia mengeluarkan kek daripada ketuhar.
c. Dia keluar daripada kereta.
d. Dia mengeluarkan buku daripada kotak.
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan frasa nama. Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
Tatabahasa10.12.2021
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih.Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. Penyemakan dan penterjemahan14.12.2023
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur
 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu
 5. Stoker Fired Boiler  - Dandang Bakar Pembubuh
Istilah26.04.2016
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
12

Kembali ke atas