Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kris.mas] | کريسمس

Definisi : hari besar yg dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pd 25 Disember). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kris.mas] | کريسمس

Definisi : hari yg dirayakan oleh orang-orang yg beragama Kristian (iaitu pd 25 Disember); Hari Natal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Krismas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu antara perkataan 'Krismas' dan 'Natal', 'Jesus' dan 'Yesus', perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan untuk bahasa Melayu? Sebagai contohnya, bagi saya perkataan 'Krismas' dan 'Jesus' lebih membawa makna. Terima kasih. Selamat Tahun Baharu 2020!

Untuk makluman, perkataan Krismas dan Natal boleh digunakan bersilih ganti kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu hari yang dirayakan oleh orang yang beragama Kristian pada 25 Disember. Manakala, perkataan Yesus tidak terakam dalam Kamus Dewan. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan yang betul ialah Jesus.

Makna29.12.2019
adakah perkataan 'KRISMAS' boleh digunakan secara rasmi untuk penulisan dan promo tv?
Menurut data kami, perkataan "KRISMAS" boleh digunakan dalam penulisan dan sebagainya.
Lain-lain04.11.2016
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar?Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan05.10.2012
Hari Deepavali (soalan: 'hari' perlu huruf besar?Dalam buku teks Bahasa Malaysia SJK (c) 'hari' dalam huruf kecil, mana satu yang betul? Hari Deepavali atau hari Deepavali?Ejaan yang betul ialah Hari Deepavali sama seperti Hari Krismas dan Hari Raya Haji.Ejaan23.05.2012
pertanyaan tentang penggunaan huruf besar: Mengapa penggunaan huruf besar bagi istilah 'Hari Raya Puasa' adalah untuk ketiga-tiga perkataan jika dibandingkan dengan hari Deepavali?Mengikut buku Kamus Dewan, Deepavali bermaksud hari perayaan/besar bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Maka perkataan hari sebelum kata nama khas ‘Deepavali’ merupakan kata am sahaja.  Berbeza dengan ‘Hari Raya Puasa’ kerana kata ‘hari’ merupakan sebahagian daripada kata nama khas ‘Hari Raya Puasa’.Tatabahasa10.07.2014
Salam sejahtera. Bagaimanakah untuk menterjemahkan "Santa Claus" dalam bahasa Melayu? Bolehkah frasa "caroling" dapat diterjemahkan sebagai "mendendangkan lagu natal"? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "carol" bermaksud menyanyikan, mendendangkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, karol bermaksud nyanyian gembira atau puji-pujian, ter­utamanya semasa perayaan hari Krismas, lagu hari Natal.Makna04.01.2019
Salam sejahtera, sebenarnya saya ingin mencari jawapan bagi perkataan "hari" di hadapan perayaan, sama ada patut dalam huruf besar atau huruf kecil. Tapi kelihatannya tiada jawapan yang tepat telah diberikan. Jadi harap pihak PRPM boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih banyak-banyak.Salam sejahtera, Hari perayaan merupakan kata nama khas, seperti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perlu dieja dengan huruf besar. Bagi perayaan seperti Krismas dan Deepavali, tidak perlu ada perkataan hari di hadapannya kerana sudah merujuk kepada hari perayaan.Lain-lain14.12.2017
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.Lain-lain24.12.2007

Kembali ke atas