Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kris.mas] | کريسمس

Definisi : hari besar yg dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pd 25 Disember). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kris.mas] | کريسمس

Definisi : hari yg dirayakan oleh orang-orang yg beragama Kristian (iaitu pd 25 Disember); Hari Natal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Krismas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LOCENG KRISMAS UMUM 
PULAU KRISMAS

Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan

Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth.

Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang

dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah

melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000

orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau

Melayu.

UMUM 
KRISMAS

Krismas, perayaan penganut agama Kristian bagi memperingati  kelahiran Jesus Christ. Ia disambut pada 25 Disember setiap tahun sejak 400 SM.

AGAMAPerayaan/Upacara
YULE

Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide

bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan

Yule tidak pernah ditentukan, tetapi

berkemungkinan perkataan ini berasal daripada

pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan

November.

UMUM 
SANTA KLAUS

Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa

Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang

membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari

Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai

seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang

memakai pakaian bulu berwarna merah.

UMUM 
PANTOMIM

Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari

Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya,

pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita

pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau

nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty.

UMUM 
ATOL KIRITIMATI

Atol Kiritimati juga dikenali sebagai Pulau

Krismas, ialah salah satu kepulauan terbesar yang

dibentuk oleh karang di Lautan Pasifik. Kira-kira

1300 orang penduduk tinggal di pulau ini.

Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali

sebagai bahasa Gilbertese. Kiritimati ialah ejaan

Gilbertese bagi perkataan Krismas.

UMUM 
KAROL

Karol ialah nyanyian tradisional yang bersifat

hiburan, biasanya dikaitkan dengan upacara

keagamaan atau perayaan tahunan seperti Krismas,

Hari Easter, atau pesta pada bulan Mei.

UMUM 
DUBNEY BOHIN

DUBNEY BOHIN (1924 -  ), pemimpin masyarakat Melayu di Pulau Krismas, Australia. Dubney lahir di Pulau Cocos, Australia. Moyangnya berasal dari Bantam, Jawa Barat telah berhijrah ke Pulau Cocos sebagai pekerja ladang kelapa semasa pulau itu menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas