Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kurita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOTONG KURITA

Sotong kurita ialah haiwan laut berbadan bulat,

bermata besar, dan mempunyai lapan tangan yang

panjang. Terdapat kira-kira 100 spesies sotong

kurita. Spesies yang paling terkenal hidup di dasar

laut yang berbatu, berpasir, atau berlumpur di

bahagian cetek laut di seluruh dunia. Lain-lain

sotong kurita hidup di perairan dalam.

UMUM 
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU

Sotong kurita berjalur biru biasanya

terdapat di sepanjang pantai selatan Australia.

Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur

biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga

enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh

burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia.

Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke

dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana

digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya

tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit

apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya

tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan

bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa

biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi

(pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga

jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk

gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan

oleh sotong.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 
ASSIDIAN

Assidian lihat Sotong kurita.

UMUM 
MOLUSKA

Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak

bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong,

dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan

moluska mempunyai cangkerang keras yang

melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya

seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai

cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam

badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang

sotong pada sotong katak dan pen pada sotong.

Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan

lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang

langsung. Untuk maklumat lanjut tentang

cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk,

lihat Cangkerang.

UMUM 
SOTONG

Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan

lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong

kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di

semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering

berenang dalam kumpulan yang besar.

UMUM 
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 

Kembali ke atas