KYRGYZSTAN | Kyrgyzstan dahulunya dikenali sebagai Kirghiz, ialah sebuah negara yang bergunung- ganang dan terletak di Asia Tengah. Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, selepas 70 tahun menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Kyrgyzstan meliputi kawasan seluas 198 500 kilometer persegi. Untuk mengetahui jumlah penduduk Kyrgyzstan, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. Bishkek ialah ibu negara dan bandar yang terbesar. Bahasa rasminya ialah bahasa Kyrgyz. | UMUM | |
ORANG TURKI | Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik. Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah, di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara Balkan, di tenggara Eropah. | UMUM | |
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA | Komanwel Negara-negara Merdeka ialah pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk, di Belarus. | UMUM | |
TIAN SHAN | Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh 2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi. Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan memasuki China. Sistem pergunungan ini mempunyai beberapa glasier yang terbesar di dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta rupa bumi). | UMUM | |