Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerap atau selalu melintas, sibuk (ke sana ke mari): kebersihan kedai tuan akan menarik perhatian orang yg ~ di hadapan kedai tuan; 2. perihal pergi balik (perjalanan) orang atau kenderaan dll melalui jalan: kami menyangka itu hanya kemalangan ~; kesesakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergerakan) kenderaan di jalan raya dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kerap atau selalu melintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traffic countkiraan lalu lintasKomunikasiKorporatKaedah yang digunakan secara sejagat untuk mengira kekerapan lalu lintas di jalan raya dalam sesuatu tempoh unit masa. Dalam komunikasi korporat, kaedah ini digunakan untuk mengesan dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak yang menggunakan sesuatu laluan dalam tempoh tertentu. Lebih kerap kawasan tersebut dilalui oleh khalayak berkenderaan atau pengguna lain, maka lebih tinggi dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak sasaran. Kaedah ini juga dilakukan untuk menentukan nilai sewaan papan iklan jalanan berkenaan. Pengiraan kekerapan dedahan lalu lintas terhadap sesuatu lokasi iklan juga berfungsi untuk menentukan jenis khalayak yang menggunakan kawasan tersebut untuk disesuaikan dengan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Hasil pengiraan itu digunakan untuk membantu pihak perancang pengiklanan mengenal pasti dan membuat pilihan lokasi yang boleh memuaskan keperluan pelanggan. Untuk memastikan kesahan penggunaan kaedah ini, beberapa aspek sosiobudaya di sekitar kawasan lalu lintas yang ditentukan itu juga turut diambil kira.
traffic assignmentagihan lalu lintasSosiologiTiadaKaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan.
commercial trafficlalu lintas perdaganganSejarahTiadaJalan perdagangan yang merupakan lalu lintas kegiatan berdagang sama ada air, udara atau darat.
traffic signalisyarat lalu lintasKejuruteraanTiadaSatu bentuk kawalan lalu lintas di persimpangan yang menggunakan lampu tiga jenis warna iaitu warna hijau untuk kenderaan diberikan laluan, warna kuning untuk sedia berhenti dan warna merah untuk berhenti.
traffic assignmentagihan lalu lintasKejuruteraan AutomotifTiadaKaedah mengagihkan lalu lintas pada sistem rangkaian jalan dalam proses perancangan.
traffic surveytinjauan lalu lintasKejuruteraanTiadaKajian yang dijalankan bagi menentukan bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya dan untuk mengenal pasti corak perubahan lalu lintas mengikut masa dan tempat.
traffic zonezon lalu lintasSosiologiTiadaUnit kawasan yang ditentukan berdasarkan ciri-ciri perancangan seperti sempadan fizikal, penduduk dan lain-lain untuk mengkaji lalu lintas.
traffic zonezon lalu lintasKesenianSeni BinaUnit kawasan yang ditentukan berdasarkan ciri-ciri perancangan seperti sempadan fizikal, penduduk dan sebagainya untuk mengkaji lalu lintas.
roundaboutbulatanKejuruteraanTiadaPersimpangan searas yang menggunakan konsep pergerakan lalu lintas searah mengelilingi pulau berbentuk bulat atau seakan-akan bulat. Pergerakan lalu lintas memberi keutamaan kepada kenderaan yang bergerak dari arah kanan.
critical densityketumpatan gentingKejuruteraanTiada1. Ketumpatan genting: Keadaan apabila pasir yang ditindaki daya ricih tidak mengembang mahupun mengecut.,2. Ketumpatan lalu lintas di lebuh raya apabila jumlah lalu lintas sama dengan kemuatannya.
12345678910...

Kembali ke atas