blank shank analysis | analisis lanas | Biologi | Patologi | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidaknya kulat penyebab penyakit lanas di dalam tanah, air, baja organik dan lain-lain lagi dengan menggunakan daun tembakau sebagai umpan. Bilangan populasi patogen ditentukan berdasarkan keparahan gejala panas pada daun tersebut. |
black shank | lanas | Biologi | Patologi | Penyakit tembakau yang disebabkan oleh Phytophthora nicotianae. Gejalanya ialah lecuh mendadak, yang berkembang dengan cepat, terutama sekali pada tembakau yang masih muda. Pangkal batang akan busuk, berwarna hitam dan apabila bahagian ini dibelah, nampak gejala dalamnya yang khas berupa pempitan batang. |
stem pitting | penempitan batang | Biologi | Patologi | Pembusukan dan pengecutan sel-sel empulur pangkal batang hingga nampak seperti tangga, apabila batang tersebut dibelah. Ini merupakan ciri gejala penyakit lanas dan penyusutan floem urat limau (CVPD). |