Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tin] | لاتين

Definisi : Rumawi; bahasa ~ bahasa Rumawi; huruf ~ huruf Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Latin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESUSASTERAAN LATIN

Kesusasteraan Latin meliputi esei, sejarah,

puisi, drama dan penulisan lain pada zaman

Rom purba. Dalam kebanyakan penghasilannya,

ia seolah-olah merupakan kesinambungan

kesusasteraan Yunani, yang banyak menggunakan

bentuk yang serupa. Namun begitu, sastera Latin

turut mencerminkan kehidupan dan sejarah Rom

purba.

UMUM 
KESUSASTERAAN AMERIKA-LATIN

Kesusasteraan Amerika-Latin mengandungi

kesusasteraan bagi negara-negara yang bahasa

pertuturannya ialah bahasa Sepanyol di Hemisfera

Barat, di Puerto Rico, dan masyarakat Brazil yang

bertutur dalam bahasa Portugis. Untuk mengetahui

latar belakang sejarah kesusasteraan, lihat Amerika

Latin.

UMUM 
AMERIKA LATIN UMUM 
SASTERA AMERIKA LATINSastera yang berkembang di Amerika Latin.SASTERAKonsep
KAMUS LATIN-INDONESIA

KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai.

BAHASAPenerbitan
ANGELUS

Angelus ialah sembahyang Roman Katolik.

Angelus ialah perkataan Latin bagi malaikat . Ia

merupakan perkataan pertama sembahyang Latin

dan merujuk kepada malaikat yang menurut Kitab

Perjanjian Baru, memberitahu Mary bahawa dia

akan menjadi ibu kepada Jesus Christ.

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN RUMI

EJAAN DAN TULSIAN RUMI, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17.

BAHASABahasa
MESTIZO

Mestizo ialah perkataan Sepanyol yang berasal

daripada perkataan Latin mixtus yang bererti

bercampur. Perkataan ini merujuk kepada

seseorang yang berketurunan campur. Seorang

mestizo mungkin mempunyai keturunan

campuran orang kulit putih dengan orang kulit

hitam atau keturunan orang Melayu. Perkataan ini

lebih kerap digunakan kepada keturunan

campuran orang kulit putih dengan kaum Asli

Amerika, terutamanya di Amerika Latin.

Lihat juga Amerika Latin (penduduk; gambar).

UMUM 
LIGNUM VITAE

Lignum vitae ialah kayu keras yang diperoleh

daripada pokok Amerika Latin tertentu. Pokok ini

tumbuh di Hindia Barat, Mexico, Amerika Tengah

dan utara Amerika Selatan. Kayu ini kadangkala

dinamakan guayacan. Perkataan Latin lignum vitae

bermakna kayu kehidupan. Kayu ini dinamakan

demikian kerana resinnya digunakan untuk

merawat reumatisme, katar dan penyakit kulit.

UMUM 
PONCO

Ponco lihat Amerika Latin (Pakaian).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas