Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi di Sabah dlm rum-pun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di daerah Tuaran, dan lebih suka me­namakan diri mereka sbg Suang Lotud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lotud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUNGKAUBUNGKAU,  sejenis alat muzik udara (aerofon) yang menggunakan mulut (untuk meniup) dan tangan (untuk memetik).  Alat muzik ini lazimnya terdapat di kalangan suku kaum Dusun.  Bangkau juga dikenal sebagai uriding (dusun Lotud); turiding (Dusun Kiulu dan orang Murut di Tenom); kobing (orang Iranun di Kota Belud).  Walau bagaimanapun, nama bungkau, (bahasa Dusun), lebih terkenal di kalangan rakyat Sabah.  Alat muzik ini juga terdapat di India, Indonesia dan Filipina, masing-masing dengan versi dan nama sendiri.BUDAYAKonsep
SUMAZAUKapsyen          :           Tarian Sumazau

 

SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang.  Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol).

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas