Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Majlis Gerakan Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MAGERAN


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 

Kembali ke atas