Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Ma­laysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MARDI


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP boleh menyediakan penceramah untuk kursus penulisan dan penggunaan bahasa bagi team editor Buletin MARDI? Jika ya, bagaimana prosedur untuk memohon dan pegawai yang boleh dihubungi untuk penyelarasan?DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my.Pembinaan Bakat18.01.2013
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat bagi ejaan akronim Sekolah Menengah Sains Tapah iaitu "SESTA". Adakah penulisan rasmi di dalam perenggan biasa selain tajuk menggunakan ejaan "SESTA", "Sesta" ataupun "SeSTa"? Terima kasih.Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia).
Pihak kami mencadangkan akronim untuk sekolah tuan ialah Semesta.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47.
Tatabahasa09.11.2023

Kembali ke atas