Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Ma­laysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MARDI


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mardi grasMardi gras (pesta)SejarahTiadaTiada
MARDI digit grassrumput MARDI digitVeterinarTiadaRumput yang berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Rumpunnya sederhana tebal, dengan batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30-50 cm. Bahan kering yang dihasilkan ialah 16-23 tan/hektar setahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan dan mengandungi protein kasar sebanyak 8.5-10.5%. Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang subur. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah gambut. Nama saintifik: Digitaria setivalva.
Mardi digit (Digitaria setiavalva)rumput Mardi digit (Digitaria setiavalva)VeterinarTiadaTiada
registered seedbiji benih berdaftarPertanianAgronomi

Biji benih yang dihasilkan daripada progeni pembiak baka yang telah diproses mengikut prosedur yang telah ditentusahkan ketulenannya oleh sesebuah agensi. Contohnya, MARDI mengeluarkan biji benih betik eksotik yang didaftarkan oleh SIRIM.

agrotechnologyagroteknologiPertanianAgroteknologiPenggunaan teknologi yang terhasil daripada penemuan penyelidikan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pertanian. Di Malaysia, melalui usaha penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti MARDI dan UPM, teknologi dan produk baharu telah berjaya dihasilkan. Contohnya, penghasilan teknologi Robo-Rest, iaitu teknik pensterilan dan peleraian buah kelapa sawit daripada tandan menggunakan wap bertekanan tinggi.
HerbariumHerbariumPertanianTiadaTempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di FRIM, MARDI, UM, UKM dan UPM.
Gen bankBank genPertanianTiadaTempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
arboretumarboretumHerbaBotani dan BioteknologiKawasan khas yang ditanam dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di pusat ini ditanam untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, perhiasan dan pemuliharaan. Contohnya, arboretum buah-buahan hutan, buluh dan dipterokarpa di FRIM, dan arboretum buah-buahan nadir dan herba di MARDI.
gene bankbank genHerbaBotani dan BioteknologiTempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
agrotourismagropelanconganPertanianAgroteknologiIndustri yang menggunakan aktiviti pertanian sebagai tarikan pelancong untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian yang diamalkan di sesebuah negara. Agropelancongan dapat dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pelancongan seperti penginapan, restoran dan kawasan riadah di kawasan pertanian. Contoh kawasan agropelancongan ialah Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland dan Langkawi.
12

Kembali ke atas