Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MASTERA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin menyertai sayembara pemulisan mastera tersebut tetapi e-mel yang diberi ibarat tak berfungsi kerana sistem beberapa kali gagal menerima penyertaan saya.Salam puan budiman,

Untuk makluman pihak puan, e-mel Mastera telah diaktifkan, dan pihak urus setia telah menerima beberapa penyertaan melalui e-mel mastera@dbp.gov.my">mastera@dbp.gov.my,

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:Puan Roslida binti Mustapha melalui talian telefon: 03-2147 9126 

Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk makluman selanjutnya.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain01.01.2020
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008

Kembali ke atas