MACEDONIA | Macedonia ialah kawasan bersejarah di Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah. Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas 34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia menjadi kuat pada zaman purba, apabila pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan Macedonia di seluruh empayarnya. | UMUM | |
SKOPJE | Skopje (pend. 503 449) ialah ibu negara Macedonia, negara yang terletak di tenggara Eropah. Skopje terletak di utara Macedonia, di sepanjang Sungai Vardar (lihat Macedonia [peta]). Kira-kira 80 peratus daripada bandar tersebut musnah atau mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada tahun 1963. Bandar tersebut dibina semula dengan binaan tahan gempa bumi. Antara struktur tinggalan zaman lampau termasuk bandar berkubu purba, permandian Turki, dan masjid. | UMUM | |
PHILIPPI | Philippi ialah bandar yang pernah wujud di Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar Kavalla , di Greece sekarang. | UMUM | |
DINASTI ANTIGON | Dinasti Antigon ialah nama jurai raja-raja yang memerintah Macedonia, sebuah negara beraja di utara Yunani. Pemerintahan dinasti Antigon bermula pada tahun 294 SM hingga pada tahun 168 SM. | UMUM | |
OLYMPIAS | Olympias (375 S.M.–316 S.M.) ialah isteri Philip II dari Macedonia, dan ibu Iskandar Agung. Wanita yang angkuh dan terlalu mengikut perasaan ini banyak mempengaruhi Iskandar. | UMUM | |
THRACE | Thrace ialah nama purba satu kawasan yang luas di Semenanjung Balkan yang menganjur dari utara Macedonia ke Sungai Danube, dan ke timur hingga sejauh Laut Hitam. Wilayah Thrace purba kini terbahagi kepada Bulgaria, Greece, dan Turki. Gunung-ganang di Thrace mengandungi longgokan emas dan perak yang bernilai. Datarannya yang luas digunakan untuk perladangan dan penternakan kuda dan lembu. Penduduk Thrace merupakan orang Indo- Eropah yang menggemari peperangan dan perampasan. | UMUM | |
DEMOSTHENES | Demosthenes (384?–322 S.M.) ialah negarawan Athens dan dianggap sebagai pemidato Yunani yang termasyhur. Dia terkenal kerana Philippics, iaitu beberapa siri ucapan yang menentang Raja Philip II dari Macedonia sebagai ugutan bagi kebebasan orang Greek. Hari ini, istilah philippic bererti ugutan yang tajam. | UMUM | |
NEGARA SLAV | Negara Slav ialah negara yang kebanyakan daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech, Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah, Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia, Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah, Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia, yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan sebahagiannya di Asia. | UMUM | |
SERBIA | Serbia ialah salah satu daripada dua republik Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918, Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan Serbia ialah republik yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991 dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia- Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang baharu dan lebih kecil. | UMUM | |
MONTENEGRO | Montenegro ialah salah sebuah daripada dua republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia. Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam buah republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia- Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru yang lebih kecil. | UMUM | |