Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Maliki;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manqulharta alihPerniagaan IslamTiadaHarta yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain. Mengikut mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali, manqul ialah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain dengan bentuk atau strukturnya yang masih kekal. Contohnya, binatang ternakan, kenderaan dan bangunan.
mudaribpengusahaPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjalankan perniagaan dengan mendapat dana daripada pemodal. Pengusaha ialah pihak yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan, perusahaan atau pelaburan. Jumhur kecuali mazhab Maliki, tidak membenarkan pemodal mencampuri urusan perniagaan.
kafalah bil daynjaminan hutangPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan.
khiyar rukyahkhiyar rukyahPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut.
‘aqarharta tak alihPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok.
ghallahfaedahPerniagaan IslamTiadaFaedah yang boleh dinikmati atau diperoleh daripada barangan. Contohnya, faedah meminum susu sehingga habis daripada haiwan yang diternak, memakan buah daripada pokok dan faedah menggunakan barangan seperti kenderaan atau pakaian. Dalam mazhab Maliki, ghallah merujuk secara khusus kepada faedah tambahan seperti faedah rumah ialah mendiaminya tetapi apabila disewakan maka menjadi faedah tambahan.
integrated item pawnbrokinggadaian barang sepaduEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak boleh diasingkan atau dipecahkan untuk dijadikan barang gadaian. Contohnya, kereta, rumah dan pakaian. Pengasingan komponen kereta umpamanya akan menyebabkan kereta itu tidak boleh digunakan. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali tidak membenarkan gadaian dilakukan secara pecahan seperti separuh rumah atau separuh kereta. Hal ini kerana penggadaian sebahagian barang secara berasingan menyebabkannya tidak bermanfaat lagi dan tidak boleh dipegang sebagai barang gadaian.
ihya’ mawatmengusaha tanah tanpa pemilikPerniagaan IslamTiadaMembaik pulih atau membangunkan tanah tanpa pemilik, tidak diusahakan, tidak mempunyai sumber air atau tidak dimanfaatkan, dengan cara mengusahakan tanah itu untuk pertanian, perladangan, perumahan dan perindustrian. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, peneroka tanah tersebut berhak memilikinya dengan kebenaran kerajaan. Lihat juga tahjir.
khiyar khiyanatpilihan khianatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli apabila wujud penipuan dalam akad jual beli amanah. Contohnya, penipuan yang terbukti dalam akad jual beli meliputi unsur gharar pada barangan jual beli, penipuan terhadap kecacatan barangan dan penipuan kos barangan. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, pembeli mempunyai hak untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga. Manakala mengikut mazhab Syafii dan Hambali, pembeli tidak mempunyai hak untuk memilih tetapi berhak menuntut pengurangan harga berdasarkan jenis pengkhianatan.
bai‘ ‘urbunjual beli depositPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku apabila pembeli menyerahkan sejumlah wang pendahuluan dengan syarat sekiranya diteruskan akad, wang pendahuluan menjadi sebahagian daripada harga belian barangan. Sekiranya urus niaga tidak diteruskan, maka wang pendahuluan itu dimiliki oleh penjual. Urus niaga ini tidak sah mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii kerana terdapat elemen gharar dan penjual memperoleh wang secara tidak sah. Manakala mengikut mazhab Hambali, urus niaga ini hukumnya harus.
12

Kembali ke atas