Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl jaga atau awasi menteri (kata dlm per­mainan catur utk mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (dlm permainan catur) kata yg mengingatkan bahawa menteri dlm bahaya atau akan ditawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Chow Sheng Mar 10th, 11:44am seorang guru Bm jelaskan soalan ini jwapannya ialah memotong rambut , bukan menggunting rambut Chow Sheng Mar 10th, 11:45am adakah jawapan ini betul Chow Sheng Mar 10th, 11:46am beliau jelaskan kata kunci ' dengan berhati- hati ' Chow Sheng Mar 10th, 11:55am apakah pendapat yang diberi oleh guru tentang soalan ini? Chow Sheng Mar 10th, 11:58am thanks Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm apa jawapannya yang paling sesuai Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm apakah perbezaan antara suram dan pudar? Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm TQTerima kasih. Tuan boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai tempat rujukan. Tuan boleh menaip perkataan atau penjodoh bilangan tersebut. Selain daripada itu, tuan juga boleh klik pada pautan Khidmat Nasihat untuk mendapatkan jawapan yang betul. Sila klik url ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memotong+rambut&d=10 Selain daripada itu, soalan yang ditanya dengan merujuk paparan imej/gambar tidak boleh dibaca kerana DBP menggunakan sistem pengkalan data khas. Oleh itu, mohon jasa baik tuan untuk menaip penuh akan soalan yang ingin ditanya agar mudah pihak kami menjawabnya.Istilah10.04.2015
MAR 3RD, 12:27AM Nazimah Yaakob Nazimah As slm...adakah masih diterima pakai penggunaan perkataan 'parkiran'? sedangkan ianya tidak biasa digunakan oleh masyarakat.Waalaikumussalam. Perkataan "parkiran" digunakan di Indonesia. Walau pun ada ditulis dalam kamus, itu hanya rakaman kamus sahaja. Di Malaysia kita masih menggunakan perkataan "tempat letak kereta".Lain-lain03.03.2016
Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pm Assalam Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pm Ada Buku ny tAk Muhammad Fikrie Mar 25th, 6:41pmTuan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Anda juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku. Terima kasih.Lain-lain25.03.2015
نوريمه طالب Mar 27th, 7:42pm Assalamualaikum. Apakah syarat² untuk mendapatkan kunjungan dbp?Tiada syarat. Sila hantar surat rasmi atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada lindasafa@dbp.gov.my dan mohd_rusdi@dbp.gov.my untuk buat janji temu dan lawatan ke DBP. Moga ia membantu. Terima kasih.Lain-lain27.03.2015
Nurul Syuhada Mar 19th, 10:51am Adakah DBP ada menyediakan biasiswa untuk pelajar lepasan SPM?DBP tidak menyediakan biasiswa untuk lepasan SPM, tetapi DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di institusi pengajian tinggi dalam negeri iaitu, Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail.Lain-lain19.03.2015
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahajaPemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa20.03.2015
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015
Xc. Agurl Mar 18th, 10:11am Salam nak tanya, Ejaan yang betul Stokin atau Stoking dalam BM? Thank youDalam Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) padanan sock dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my untuk menyelesaikan sebarang masalah bahasa Melayu anda.Istilah18.03.2015
Naqiu Yazid Mar 17th, 2:53pm penggerai/pegerai/pengerai utk yg bukak khemah jualanTidak ada maksud penggerai bagi konteks yang berkenaan. Tuan boleh menggunakan perkataan penyewa gerai (bagi yang menyewa untuk jualan) atau petugas gerai (bagi yang bertugas di gerai).Istilah17.03.2015
Nazatul Nazwa Mar 17th, 10:03am saya ada hasilkan banyak puisi..tapi saya x tau nak nak kembangkan bakat saya pada siapa..bagaimana saya nak hantar puisi tu untuk di nilai ya??Tuan boleh menghantar karya untuk disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, e-mel kepada editor Encik Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my.Lain-lain17.03.2015
123

Kembali ke atas