Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi mangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tumpang tanya, tuan. Saya ada rujuk dalam kamus dan didapati istilah yang saya cari ini ditanda dengan 'mn'. Apa maksud 'mn'? Terima kasih tuan.Salam sejahtera,

Mn di dalam kamus merujuk kepada Minangkabau.

Tuan boleh rujuk setiap kependekan yang ada di dalam kamus pada halaman KEPENDEKAN (Ii) pada bahagian hadapan kamus.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain16.03.2018
live-mnujian secara langsungLain-lain11.03.2008
apa maksud "mn", "ki" dan apa-apa kod lain pada awal takrif kata PRPM?Untuk makluman, label Ar (Arab), Br (Brunei), C (Cina) dan seterusnya merupakan bentuk penanda berkaitan asal atau etimologi kata. Selain itu, kependekan ini juga menandakan singkatan umum seperti dlm (dalam), drpd (daripada), ki (kiasan), prb (peribahasa) dan sebagainya. Bidang atau pengkhususan sesuatu perkataan juga diberi bentuk kependekan seperti Ant (antropologi), Eko (ekonomi) dan Geo (geografi).

Semua maklumat ini dimuatkan dalam kamus sebagai Panduan Penggunaan Kamus Dewan pada setiap edisi bercetak.
Lain-lain06.08.2020
maksud singkatan "Mn" terima kasihMaksud singkatan Mn dalam Kamus Dewan Perdana ialah Minangkabau.Lain-lain22.02.2022
saya nak tanya yg mn satu betul.... ku siapkan atau kusiapkan dan beri penjelasanBETUL- Kusiapkan... ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat.

contoh: kuterima, dirimu, kutulis, kautulis dsb.
Tatabahasa10.08.2012
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk tajuk tesis berikut: Fe & Mn removal from irrigation water using archidendron jiringa seed extract and rice husk-based composite adsorbent.

Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mencari padanan istilah dalam bahasa Melayu mengikut konteks dan konsep yang bersesuaian. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan taip perkataan yang hendak dicari.

Penyemakan dan penterjemahan23.12.2022
Salam hormat. Saya ingin bertanyakan tentang istilah 'jakun'. Adakah maksud lain bagi istilah itu selain daripada 1. suku kaum orang asli (OA), 2. halkum (Mn). Mengapakah masyarakat sering menggunakan istilah itu untuk menunjukkan sesuatu yang pelik, kolot dan seumpamanya. Terima kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi.Makna08.12.2010
assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima..Salam,

1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu".

2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni.
Tatabahasa14.08.2015
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
12

Kembali ke atas